06 November 2017

PROGRAM TERAPI PEMULIHAN UNTUK PENDENGARAN ( 25 OKTOBER 2017)

PINTU MASUK KE CERAGEM,SEGAMAT

ROMBONGAN PESERTA LAWATAN DARI STAR(INTEG) PPKI SEGAMAT

BERSAMA GURU,PPM DAN MURID PEN.KHAS

PROGRAM LARIAN GEGAR KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017


PENDAFTARAN BAGI LARIAN GEGAR 10,000 LANGKAH
WAJAH -WAJAH CERIA GURU, PPM DAN MURID P.KHAS STAR.
MEMULAKAN LARIAN GEGAR 10,000 LANGKAH DENGAN SEMANGAT.

PROGRAM KEMBARA MERDEKA LAWATAN KE BUKIT KEPONG PADA 19 SEPTEMBER 2017


PESERTA ROMBONGAN PPKI SK JEMENTAH, SK GEMEREH DAN SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
MEMASANG BENDERA SEBELUM BERGERAK KE BUKIT KEPONG





GURU BESAR STAR MELEPASKAN KENDERAAN UNTUK PROGRAM KEMBARA MERDEKA






KENDERAAN GURU P.KHAS MULA BERGERAK KE DESTINASI SETERUSNYA







SEBELUM BERGERAK KE GALERI BUKIT KEPONG, SEMUA GURU DAN MURID PPKI BERKUMPUL DI SK JEMENTAH

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI STAR KE CAMERON HIGHLAND 8-9 MEI 2017


BERGAMBAR BERSAMA AHLI KELUARGA PEND.KHAS STAR DI ARGOTEKNOLOGI MARDI

LAWATAN KE BOH TEA CENTRE CAMERON HIGHLAND





MAKAN MALAM DI HOTEL TITIWANGSA CAMERON HIGHLAND



 SAYUR-SAYURAN HIJAU DI AGROTEKNOLOGI MARDI
MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI AIR TERJUN LATA ISKANDAR



 AKTIVITI MEMETIK SENDIRI BUAH STRAWBERI



BUAH STRAWBERI YANG SEGAR DARI LADANG




BEREHAT SEBENTAR MELEPASKAN KEPENATAN.


AKTIVITI MURID , MENCATAT BEBERAPA TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI.
AHLI ROMBONGAN TERPEGUN DENGAN KEINDAHAN TUMBUHAN YANG HIJAU



DI LADANG TEH BOH
AKTIVITI MENCATAT MAKLUMAT

27 October 2017

Pertandingan melukis sempena Hari Alam Sekitar Negara peringkat negeri Johor 2017 (22 Oktober 2017) di Dataran Segamat.

Murid pendidikan khas STAR(integ) menyertai pertandingan melukis sempena 
Hari Alam Sekitar peringkat negeri di dataran Segamat.

Adik Danish peserta PPKI STAR(integ)

Tekun melukis

Adik Syahadah peserta PPKI STAR(integ)

13 October 2017

KEJOHANAN MSSD PEND.KHAS 13-16 MAC 2017 DI SK DATO WAN IDRIS, SEGAMAT

TEMPAT PESERTA MENUNGGU ACARA MASING-MASING


TEMPAT MENUNGGU DAN BEREHAT


ADIK DANISH DALAM ACARA LOMPAT JAUH BD(L) JUNIOR


 
MENUNGGU ACARA YANG AKAN
   BERLANGSUNG


ADIK SYAHADAH DALAM ACARA LONTAR PELURU BD(P) JUNIOR


AKTIVITI MEMANASKAN BADAN OLEH GPK P.KHAS


MASIH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN


MURID MEMANASKAN BADAN SEBELUM ACARA BERMULA


WAJAH-WAJAH CERIA

GURU-GURU, PPM DAN MURID CERIA UNTUK BERSUKAN


GURU-GURU DAN PPM P.KHAS STAR YANG SENTIASA BEKERJASAMA


GEMBIRA SETELAH SELESAI AKTIVITI



 ADIK MOHD.NABIL JOHAN ACARA 200M BD(L) JUNIOR & JOHAN ACARA LONTAR PELURU BD(L) JUNIOR

ADIK DANISH JOHAN ACARA 100M BD(L) JUNIOR & JOHAN ACARA LOMPAT JAUH BD (L) JUNIOR

ADIK SITI SYAKILA JOHAN ACARA 100M BD(P) JUNIOR

SAMBUTAN MAJLIS PENUTUPAN MSSD PPKI SEGAMAT DI PADANG SK DATO WAN IDRIS.

WAJAH GEMBIRA MENERIMA PINGAT KEMENANGAN

PENUH DENGAN SEMANGAT KESUKANAN

ANUGERAH JOHAN BAGI KATEGORI SEKOLAH RENDAH

WAJAH -WAJAH CERIA DAN GEMBIRA ATAS KEMENANGAN

11 September 2012

Perpustakaan Mini

     Perpustakaan Mini Pendidikan Khas 2012



PENGENALAN

            Pendidikan Khas SK Temenggong Abdul Rahman telah beroperasi sejak tahun 1989 lagi. Bagaimanapun pada ketika itu perpustakaan mini belum diperkenalkan lagi, yang ada hanyalah sudut meletakan bahan bacaan pada setiap kelas.

            Menjelang tahun 1996, setiap buku yang diterima sebagai bahan bacaan dan rujukkan murid mula direkod dan dikodkan, secara tidak langsung kita dapat mengetahui jumlah sebenar buku-buku di dalam simpanan sekolah.Memandangkan bilangan buku yang semakin bertambah, satu sudut rak disediakan bagi menempatkan buku-buku tersebut. Bilangan murid yang ramai pada ketika itu menyebabkan tiada ruang kosong pada setiap kelas dan sudut bacaan juga terhad.

            Menjelang tahun 2000, sudut bacaan diletakkan bersama dengan bilik guru pendidikan khas di bahagian belakang kelas khas 3, ruangannya agak sempit dan tempat meletakkan buku juga terhad. Pada tahun 2008 perpustakaan mini mula diwujudkan dan ruangan untuk guru dipindahkan ke kelas khas 4. Satu bay di kelas khas 3 dikhaskan untuk dimenfaatkan sepenuhnya sebagai perpustakaan mini. Bilangan buku-buku dan peralatan lain ditambah bagi memperlihatkan kewujudan perpustakaan mini tersebut. Setiap sudut dimenfaatkan sepenuhnya dan diceriakan lagi. Susun atur ruang juga di buat bagi memastikan penguna perpustakaan mini akan berasa selesa semasa berada di situ.

            Pada tahun 2010, takwim tahunan mula dibuat bagi menghidupkan aktiviti di dalam perpustakaan mini. Ruangan blog Pendidikan Khas STAR beralamat http://starkhas.blogspot.com  juga turut menyediakan satu ruang untuk memperkenalkan perpustakaan mini. Sudut bercerita disediakan bagi mengalakan murid-murid berkongsi kefahaman tentang buku-buku cerita yang dibaca. Sudut kecemerlangan dan kraftangan juga disediakan bagi mempamerkan hasil kerja seni murid-murid khas. Organisasi turut diwujudkan bagi mengerakkan fungsi perpustakaan mini dan jadual bertugas disediakan untuk memastikan perpustakaan mini sentiasa dijaga dengan baik.

            Semoga dengan wujudnya perpustakaan mini dan penambahbaikan ini dapat menarik minat murid-murid khas untuk membaca dan menambah pengetahuan mereka.

MATLAMAT

Penubuhan perpustakaan mini ini bertujuan untuk menarik minat membaca di kalangan murid dan juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan makluma untuk guru dan murid.


OBJEKTIF
1.      Menarik minat murid-murid untuk membaca.
2.      Menambah pengetahuan murid dan guru.
3.      Menyediakan sumber ilmu bagi murid dan guru.
4.      Menyediakan ruang untuk murid merehadkan minda dan berkongsi ilmu.
5.   Menyediakan sumber rujukan selain dari apa yang dipelajari semasa P&P di kelas.

   
GAMBAR-GAMBAR

Di sini  kami kongsikan gambar-gambar suasana di perpustakaan mini pendidikan khas SK Temenggong Abdul Rahman:

Pemandangan di dalam perpustakaan mini
Meja kaunter
Tempat menyimpan kelengkapan  merekod , melabel buku –buku baru dan merekod buku-buku yang dipinjam oleh guru dan murid.


Rak buku dan meja untuk membaca individu dan berkumpulan. 
Murid sedang menggunakan kemudahan di perpustakaan mini.

P & P turut diadakan di dalam perpustakaan mini mengikut keperluan.

Sudut bercerita
Sudut bagi murid berkongsi dan menunjukan kebolehan membaca dan bercerita
Ruangan mempamerkan alat bantuan pendengaran yang pernah digunakan.
Sudut organisasi
Sudut sejarah

Sudut kecemerlangan

Pertandingan mewarna hari merdeka dijalankan dalam perpustakaan mini